|
|
| Saturday, 4-Oct-2008 02:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Hari Raya - 2008
|
|
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!! Tahun ni kitaorang cuma beraya di Kemaman jer dengan family aku. So, kuranglah sikit kemeriahannya coz kat sini takde sedara mara kitaorang. 1st day Raya memang bosan lah, pepagi lepas salam dan sessi bergambar, terus melepak kat depan tv dan atas katil jerlah hehehe... Kira hari tu jelah pakai baju Raya.
Start Raya Kedua, sampai hari ni, kitaorang tak beraya ke mana-mana pun, cuma menerima kunjungan tetamu-tetamu yang datang dari KL, sedara mara aku gaklah, diorang datang beraya sambil melawat adik aku yang sakit buah pinggang. Nasib baiklah diorang datang, meriah lah sikit suasana hehehe...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Sep-2008 10:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Aidilfitri...
|
 |
|
Kad Raya Dari Ku
|
|
|
(Bagi sesiapa yang menyinggah di FP ini, sudilah kiranya menerima Kad Raya di atas )
Sedar tak sedar, bulan Ramadhan sudah sampai di penghujung. Tak lama lagi, kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni tak banyak persiapan yang disediakan coz aku lebih banyak terperap di rumah, almaklumlah hubby aku sebok dengan kerja. Nasib baiklah baju bebudak ni dah beli sebelum bulan puasa, tapi yang banyaknya baju Ashraf la, tengoklah kalau sempat, kita shopping last minute hehehe...
Dan salah satu sebab aku terperap dirumah juga adalah kerana aku dok sebok menjahit manik kat baju Raya ku...heheheh..sakan betul, seronok pula sejak menjahit manik ni, rasa macam ketagih lak. Nantilah, kalau aku rajin akan ku tunjukkan hasil jahit manikku hehehe.... Bukan baju aku je tau, baju Ellisa pun turut aku jahit manik. Raya tak besh kalau baju tak merelip..kwang kwang kwang... Tapi tahun ni baju aku tak sebanyak macam last year la...
Lupa lak nak story, masa hari puasa yang ke-10 yang lepas, adik aku yang nombor 2 dimasukkan ke wad, dan dia disahkan oleh doktor; buah pinggangnya rosak. So, mulai sekarang, tiap-tiap 3 hari sekali adik aku di bawa ke hospital untuk proses dialisis.
Di kesempatan ini juga, aku & family ingin menyusun 10 jari memohon maaf jika ada tersalah menaip sepanjang aku ber"FP".
Entry kali ni, khas untuk mereka yang telah memberi Kad Raya. Terima kasih .
♥♥♥ Dari : Fateen & Family ♥♥♥
♥♥♥ Dari : Aimi(Kamalina) & Family ♥♥♥
♥♥♥ Dari : Laily & Family ♥♥♥
♥♥♥ Dari : Bro Jeff & Family ♥♥♥
♥♥♥ Dari : Leen & Family ♥♥♥
♥♥♥ Dari : Zai Kulim & Hubby ♥♥♥
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Sep-2008 05:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy 2nd Birthday, Ashraf...
|
|
Alhamdulillah, hari ni genaplah 2 tahun usia puteraku; Ashraf Danial. Memandangkan tarikh hari lahirnya jatuh pada bulan Ramadhan, so takde la apa-apa spesel yang dibuat, melainkan beli sebiji kek dan potong sahaja. Hadiah pun takde hehehe...takpelah kita tunggu daddy Ashraf balik dari Miri, baru kita gi shopping ye.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Aug-2008 04:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kerja Kahwin: Part IV (Last daa....)
|
 |
|
Aku & cousinku - Arin
|
|
|
Himpunan gambar lain-lain .
Untuk entry kali ni, turn gambar kitaorang la pula kan ....asyik gambar pengantin je. Dah pakai cantik-cantik, mestila nak sakan bergambar ....hehehe.... Kalau korang nak tahu gambar di bawah ni, 1 family pakai baju & kain dari Indonesia. Aku & Ellisa tempah baju kebaya lagi heheheh.....
Yang ni pula, gambar beramai-ramai dengan sepupu-sepupu aku. Layanzzz..............
Ni pula, gambar aku & hubby dengan pengantin. Gambar aku dengan Ellisa & Ashraf. Juga gambar aku dengan Ema(bini Arin) & anaknya yang kiut sesangat, macam anak patung.
Yang ni pula, gambar adik aku yang bongsu. Macamlah ramai sangat adik-beradik aku hehehe... Kitaorang ni 3 beradik je .
Ok, abis daa............. sekian, terima kasih .
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Aug-2008 12:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kerja Kahwin: Part III
|
 |
|
Kita soru dulu!!!
|
|
|
Tarikh: 27 July 2008
Tempat: Dewan Komuniti, Setiawangsa
Upacara: Persandingan Fendi & Nurul (Sebelah Pihak Lelaki)
Selesai majlis persandingan di sebelah pihak perempuan, maka esoknya pula adalah giliran majlis persandingan di sebelah pihak lelaki. Majlis persandingan sebelah pihak lelaki diadakan di Dewan Komuniti di Bukit Setiawangsa.
Tema warna bagi pihak lelaki pula adalah "GOLD", so aku pun turut memakai pakaian berwarna gold termasuklah Ellisa .
Untuk majlis di dewan ni, secara tak rasminya aku dilantik untuk mengambil video menggunakan handycam adik aku, memandangkan adik lelaki aku sibuk, hehehe sibuk menjadi pengapit. So, merayaulah aku didalam dan diluar dewan untuk mengambil video-video yang menarik, tapi tak banyak yang dapat aku ambil coz aku sebok betul....hehehe maklumlah berjumpa saudara-mara yang dah lama tak berjumpa, ada yang belum jumpa lagi si Ashraf ni, so kecoh dan happening lah seketika . Penat memang penat, tapi seronok bila dapat berjumpa ramai-ramai ni.
Oklah, kita layan gambar anak-anakku ni. Ni gambar diambil sebelum ketibaan tetamu, kitaorang datang ke dewan lebih awal daripada tetamu, maklumlah kitaorang ni rapat dengan Fendi, kenalah datang awal.
Dan inilah Raja & Ratunya.....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 7-Aug-2008 06:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kerja Kahwin: Part II
|
 |
|
Bersiap nak ke kenduri.
|
|
 |
|
Fendi & Cousinnya (Mardhiah)
|
|
 |
|
Abang Eli bersilat...
|
|
|
Tarikh: 26 July 2008
Tempat: Rumah Pengantin Perempuan
Upacara: Persandingan Fendi & Nurul (Sebelah Pihak Perempuan)
Hari berikutnya, merupakan hari persandingan bagi kedua mempelai. Bertempat di rumah pengantin perempuan. Hubby aku tiba di rumah pukul 11.30 pagi dari Singapore, terus bersiap untuk bersama-sama dengan anggota rombongan yang lain. Bila dah ada hubby aku ni, senanglah sikit bab jaga budak ni...
Sesampainya kitaorang di kawasan pihak pengantin perempuan, kitaorang berkumpul dahulu. Apa-apa hal pun, kita tangkap gambar dulu.... . Punyalah panas cuaca masa ni, dapat kurasakan peluh dalam bajuku mengalir dengan derasnya, dan mekap kat muka pun mulai cair.....aisey, dengan semakin cairnya mekapku itu, maka jerawat nan satu di daguku mula kelihatan - seolah-olah tidak sabar mempertontonkan dirinya .
Warna tema pasangan mempelai di pihak pengantin perempuan ialah PINK. Maklumlah si Nurul tu suka warna pink .
Nilah pasangan pengantinnya.
Dan gambar lain-lain......
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Aug-2008 09:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kerja Kahwin: Part I
|
 |
|
Ellisa & Mak Ngah Dila(adik pengantin)
|
|
|
Tarikh: 25 July 2008
Tempat: Masjid Saidina Hamzah
Upacara: Pernikahan Fendi & Nurul
Pada tarikh 25/07/08 yang lepas, kitaorang menghadiri upacara pernikahan sepupu aku si Fendi dengan si Nurul. Memang tak banyak gambar yang dapat aku amik coz aku sebok dengan anak-anak aku, maklumlah daddy diorang takde.
Masa mula-mula masuk masjid, Ashraf ok lagi, tapi bila dah lama sangat, mulalah dia wat hal dia sendiri-bising betul mulut dia . Pastu, main lari-lari pula dalam masjid tu, macam manalah aku nak amik gambar pengantin, so maka dengan itu, tak hairanlah dalam gambar di bawah ni tak ada gambar pengantinnya. Kita tunggu jelah fp Nurul nanti .
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Jul-2008 02:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kerja Kahwin: Coming Soon...
|
|
Kerja Kahwin - sekadar pinjam tajuk pameran yang telah berlangsung di Karyaneka/Pusat Kraftangan sebelum ni. Siapa yang kahwin? Tunggu................. [
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jul-2008 15:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Saja-saja.....
|
 |
|
Terowong
|
|
 |
|
Aquaria
|
|
|
Tajuk entry ku kali ni: Saja-saja, hehe aci tak?
Bukan apa, tetiba aku rasa rindu pulak nak edit-mengedit gambar, tu yang tetiba malam tadi dengan rajinnya aku mengedit gambar yang ada. Ni pun gambar-gambar lama, memandangkan aku dah lama tak ambil gambar, kecuali gambar kain jelah... .
AQUARIA - May 2008
Bulan 5 yang lepas kitaorang ke Aquaria untuk kali yang ke-4 (bagi aku, hubby & Ellisala), tapi Ashraf, nilah 1st time bagi dia. Punyalah seronok hero aku ni masuk dalam Aquaria, kecoh kejap. Yang paling besh tu, masa mula-mula masuk adalah pulak sessi nak pegang ikan yu atau shark dan juga starfish. Aku suruh Ellisa pegang, tapi dia takut, so adik dia jelah yang sakan pegang. Suka betul dia dapat pegang shark dengan Patrick (hehehe....pengaruh Spongebob, kalau korang perasan baju diorang juga Spongebob & Patrick).
Yang paling aku tak lupa, bab masuk dalam terowong tulah, Ashraf suka sangat, suka lantai bergerak tu hehehehe... . Bila dah keluar dari terowong, dia nangis la pulak, nasib kejap je, pastu nasib takde orang, kalau tak, malu heheh .
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Jul-2008 07:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday Dear...
|
|
Hari ni 16 Julai 2008, genaplah 29 tahun usia suami ku yang tercenta... . Walaupun hubby aku kini berada di Singapore, tadi kitaorang anak-beranak dah wish via video call, nasib dah ada 3G kat kemaman ni, itu pun kekadang ok, kekadang hampeh.
Buat suamiku:
"Happy Birthday to u dear...... Semoga di lanjutkan usia, di murahkan rezeki, amin."
|
|
|
|
|